25 August 2014

A Book A Day Put The Stupidity Away



sumber gambar: google


Assalamualaikum and hai :>

Okay taknak merepek banyak nak straight to the points. I have found my old hobby yeay me ^^ Takpayah nak pening sangat, I will story k. 

Dulu time kecik-kecik kan, I love read booksssssss so much much. Sampaikan, sebelum tidur sudah menjadi satu kemestian untuk baca buku sampai kadang-kadang terlupa nak tutup lampu sebelum tidur (mungkin ini faktor aku rabun sobs). Kalau pergi popular tu dah memang rupa orang gila cari anak, buku tu nak beli buku ni nak beli. Ranking buku yang paling atas of course PTS One hohoho. Nampak tak kecomelan aku kat situ *blushing* (Gedik!!!)


ni la antara buku PTS yang menjadi kegemaran di zaman muda-muda dulu ><

PTS lagi :>

Lagi lagi PTS. Kalau perasan, 3 novel paling atas tu semua cerita pasal putera dan puteri raja. Mungkin ini sebabnya aku kuat berangan sampai sekarang ><


Nampak macam comel je kan aku baca novel-novel PTS (puji diri sendiri!) :P Long story short, masuk je sekolah menegah, aku mana layan novel-novel pts ni lagi, layan alaf 21 and kaki novel pulak, jet jet dah matured sangat ler tu. So disebabkan ummi pun memang kaki novel, so duit aku takde la dilaburkan sangat untuk beli novel. Satu almari penuh novel. Nak penulis mana? Anis Ayuni? Aisya Sofea? Semua ada!! Long story short again, after PMR 2011 melabuhkan tirai, kitorang yang para graduasi PMR ni apa lagi, marathon semua novel-novel yang ada. Setiap minggu bawak 'stock' baru then main 'after-after'. 

Dek kerana terlalu banyak waktu lapang, dan kitorang taktau waktu lapang tu nak diisi dengan aktiviti apa, then novel-novel cinta ni lah menjadi sasaran. Disebabkan memang menjadi tabiat perempuan kuat sangat berangan (aku rasa aku sorang je yang suka berangan) dan selalu sangat berharap nanti nak dapat suami yang kaya, ada kereta mercedes ferrari blabla, then sweet and gentle ala-ala prince charming gitu, sanggup kahwin dengan kita even kita hanyalah orang gaji namun atas dasar cinta, ku sanggup korabankan apa sahaja, ada lagi cerita, yang at first, kena kawen paksa. Di alam perkahwinan gaduh bagai nak rak but at the end, bersatu jugak. 

Dan sampai pada suatu hari suatu minit suatu saat, aku mula bosan baca novel-novel cinta ni oleh kerana ending yang 99.9%  hampir sama dan sangat membosankan!! Dan pada tahap yang sama, hari yang sama, minit yang sama dan saat yang sama jugak, sampaikan tengok kulit novel cinta melayu ni pun aku rasa nak muntah (gaya macam hiperbola, tapi ini betul! Tak tipu!!) 

And sejak haritu, aku tak baca novel dah! Serik!! Tapi kadang-kadang bila nampak akak beli novel baru yang macam best je cerita dia, tangan ni gatal jugak la nak amik dan baca, dan akhirnya sesalan bertapa kembali dengan satu alasan yang pasti, ending novel yang sama! 

Dan sejak hari tu jugak, aku pun kurang membaca. Mungkin sebab faktor duduk asrama jugak. Light off terlalu awal sampai tak sempat nak baca buku sebelum tidur. Dan........ mungkin sebab tak tau nak baca buku apa jugak ha ha ha. From that day, bahan bacaan aku hanya bergantung kepada buku-buku motivasi je la. Sebab kalau nak baca buku-buku ilmiah ni, jauh panggang dari api. Bukan benci, tapi bukak buku ilmiah ni, my mata be like, baru baca 5 minit dah berdengkur 

But....... sampailah satu hari, along aku promote suruh baca buku Pecah by khairunizam bakeri--fixi , mula-mula aku refuse sebab tanggapan aku mesti ending dia tetap sama, "Alah typial malay novel". Tapi tengok along beria promote kemain, aku pun try la baca. And I was like, spechlessssssssssss much much!!! Susah nak describe betapa bestnya baca buku fixi ni! And I suggest sesiapa je yang baca blog ni, rugi kalau tak try fixi. Because of fixi ni jalan cerita dia lain dari yang lain tau. Yang korang memang tak pernah nak ter-imagine pun jalan cerita dia akan jadi macam tu, seriously :O

And from that day, aku jumpa balik hobi lama yang telah lama menghilang, 

Kacau dengan Kelabu tu antara best seller fixi. Satu lagi tu paranoid--lejen press


Setakat ni dalam collection fixi ada 3--Cerpen, Kelabu dan Kacau. Lejen ada 1--Paranoid. Berhasrat untuk tambahkan collection fixi ngan lejen, tapi..... money macam say no no pulak -,-


Okay yang ni lain dari lain sikit. Novel inggeris. Bila tengok cover dengan baca sinopsis, semangat berkobar-kobar nak baca. Tapi baru baca sehelai dua, aku dah berdengkur. Bukan bosan, tapi mungkin aku tak faham apa yang dia nak cerita. Skill bahasa inggeris tak tough lagi uhuk T.T Dah banyak kali try baca tapi hasilnya tetap sama haih -,- someone suggest me one novel yang boleh naikkan minat aku kat novel inggeris pls :<


Yang ni pulak koleksi majalah. Paling I loike Muslim Teens ehehe


This is sooooooooo lovely. Collection dari prof dr Muhaya. I just love the way she motivate us :>


Prof dr Muhaya xoxo


This one, yang paling sayangggg sangat sangaaat! Allah tidak pernah jauh tu, my bff disaat diri tengah down. Memang semua ayat tepat mengena kat batang hidung


Seriously, nafsu terhadap buku memang susah nak dikawal. Teringat along balik rumah dulu bila habis practical, kereta dia penuh dengan buku semata-mata. Dua kali ulang alik sebab banyak sangat buku. Am I gonna be like him too? Tapi Along lain sikit, dia more kepada buku-buku Inggeris. 



Wishlist :< Belanja please (buat muka kucing)


Okay last gambar! Yang ni birthday present dari ayah masa 7 tahun. Tapi buku ni sampai sekarang dok baca lagi hohoho



K bye. Thank you for reading :)


22 August 2014

Kak Maghia-my fav blogger


sumber gambar: google


Assalamualaikum and hye alls. 

Lama tak update blog because of too busy *bajet macam ada orang nak baca blog kau*
Tak sempat lagi nak bercerita berpuisi bertaranum berpidato berbahas bla bla lagi pasal my campus life. So just nak bagi tau ai sambung Diploma in Pharmacy dekat unikl royal college of medicine Perak. Nanti I will buat satu entry khas untuk cerita pasal 'my campus life' okay. Just because sekarang nak cerita pasal maghia ^^

Kak marya is one of my favourite favouriteee favouriteeeee blogger. Okay ini adalah entry pasal kak marya buat kali keduanya. First time dulu cerita pasal kak marya tegur and blogwalking dekat blog kite sangat terujaaa and exciteeeedddd tauuu! Okay over! Tapi post-post lama semua dah delete termasuk entry pasal kak marya sekali. Maap maaaapppp!


sumber gambar: google


Start follow blog kak marya since I was fifteen. Setia kan setia kan? Well, loyalty is priority hiks >< At first baca blog kak marya hati dah tertarik sebab kak marya punya blog sangat best. Sharing about her experiences, dia jadi testimoni la, nuffnag la and blabla. And paling terbaru, takdela terbaru sangat, kak marya dapat Samsung Note 3 free gift dari nuffnag! Sangat jelouse kan. And actually, suka tengok kak marya sebab dia lawoooooo sangat sangaaaat


sumber gambar: twitter kak marya


K atas ni gamba hasil curian di twitter kak marya. Mampuih la kalau kak marya tau. Maap ye kak ehehe. Nak tau tak, Kak Marya dah pakai tudung!! Cantik kan kak marya pakai tudung ya Allah lawa sangat sangat. Dapat tau kak marya start pakai tudung since bekerja degan tvHijrah. Actually, dari dulu lagi terdetik dekat hati, sejak kak marya tak pakai tudung lagi, "kalau kak marya pakai tudung mesti lagi lawa kan" And tanpa disangka-sangka kak marya pakai tudung because of kerja dengan tvHijrah. Okay I know, mungkin at first atas dasar rules kan, tapi makin lama makin hari makin nampak kesungguhan akak nak bertudung, and me sangat terujaaaaaa :D



To my dear kak marya, saya harap akak istiqamah. Memang bukan senang nak lakukan perubahan, tapi harap akak sabar. Sebab Mujahidah itu pahit kerna Syurga itu manis :) we alls support you akak. Ramai yang bagi feedback positive dekat akak, hope it supports you. Memang I am nothing to pray for you. I am just your follower and your peminat yang bukan nya kenal and strangers maybe. Tapi, at first bila dapat tau akak dah berhijab, I am one of the person yang sangat sangat sangat teruja tauu. My last word to you, take good care of your Iman and goodluck dalam menjadi Hamba yang diredhaiNya :)


sumber gambar: google


Kamaria Hana, Blog--http://yayahana.blogspot.com | Twitter--@Marya_Hana | Instagram--@maryahana