08 May 2014

Better days ahead - Pharmacist to be


sumber gambar: google

Bismillahirahmanirrahim and Assalamualaikum. Hello and hi everyone. Meet again

Update buat kedua kalinya pada hari ini. Feel free today hoho

Okay tunggu UPU ni memang sangat menyeksakan. So far, saya masih tetap pendirian nak further kepada Farmasi. And so far juga, dah banyak kaunselor, senior-berpengalaman dan cikgu-cikgu yang telah dijumpa untuk meminta pendapat.

So semalam bukak website upu tengok tarikh-tarikh penting. But sayangnya, takde pun tulis bila result upu keluar -,- tapi dekat website upu tu, dia tulis 25hb Mei pendaftaran pelajar baru Asasi bagi sesi 2014/2015. And 2hb Jun pendaftaran pelajar baru diploma bagi sesi 2014/2015. So kite tengok tarikh mana yang akan terkena~

Okay, time isi borang upu tu memang laa, banyak course yang diisi. Contohnya aktuari, akaun, perbankan, medical imaging and bla bla. Dah tak ingat hahaha. Tapi actually target dekat UIAM ngan UiTM je. Which is UIAM tu Asasi Farmasi dekat Kuantan if I am not mistaken. And UiTM diploma Farmasi dekat kampus Pulau Pinang. Hoho kalau la dapat either one, memang merantau nogori orang la jawabnya.

Why am I too nekad nak amik Farmasi? First of all, because I really love Chemistry. I know at first cita-cita ku adalah menjadi doktor. Well, time tu pikir seronoknyaaa main bedah-bedah hahaha. Then bila masuk menengah atas, belajar biologi pasal plant especially, mak oi memang mampuih. Kesian cikgu Khairiah kena explain bagai nak rak dekat sorang anak murid dia ni yang memang tak reti apa itu erti biologi hahaha.  

And the second reason, ayah ngan ummi asyik sebut farmasi. Well, memang laa at first saya yang cakap saya minat farmasi, tapi bila sebut pasal aktuari, takde siapa pun nak support. But its okay, aktuari tu just minat but kalau nak kerjaa haih dont know la -.-  selain tu, ada la jugak pergi jumpa kaunselor and ketua kaunselor. Then buatla ujian personaliti and the result saya dikategorikan sebagai SOSIAL. Whaaattt :O Dan dinasihatkan bersungguh-sungguh oleh kaunselor tersebut untuk further dalam farmasi.

Kata-kata Ayah dan Ummi itu adalah satu doa. Yang ni saya sangat yakin. Terlalu yakin. Bila diorang dah sebut siang malam pagi petang and I was like, Oooh memang rezeki aku dekat farmasi kot. In shaa Allah. Tambah lagi diorang asyik sebut asasi farmasi je. Secara jujurnya, memang laa rasa macam ohh my...... asasi? Boleh ke? Hmmm. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah hendaknya Aamiin.

What if kalau upu tak dapat? Its okay, IPTS belambak. "Boleh laa kau, orang kaya" Saya tak kaya! Tapi kalau untuk pelajaran apa salahnya berkorban? Untuk handphone boleh berkorban duit beribu. Gunanya hanya sementara. Tapi kalau untuk pelajaran yang kekal abadi hingga ke akhirat apa salahnya berkorban kan?

So nak share sedikit information pasal IPTS. Kalau korang nak amik ipts, pilih la ipts yang betul-betul diiktiraf oleh MQA. Kalau tak, memang naya, lepas graduate sijil tak sah. Huih nauzubillahiminzalik. So saya amik ipts UniKL. Daftarnya pada 21 Jun di UniKL RCMP. Okay I know dekat sangat kan? Dekat Ipoh je. Tapi, at the end of this year, my family akan pindah ke Puchong. So, berdikari again. 

UniKL tak mahal ke? Mahal memang mahal. Tapi kalau mohon pinjaman MARA, sesiapa yang dapat pointer 3.5 ke atas, pinjaman akan menjadi scholarship. Kalau 3.5 ke bawah kena bayar either 20% atau 10 % So, apa lagi alasannya? Tinggal nak belajar je kan. Pleaseee belajar rajin-rajin. 


sumber gambar: google

So tinggal berapa hari je lagi, boleh kira dengan jari. Menghabiskan sisa-sisa cuti di rumah dan akan bergelar student again. 

Everyday we are student. Because everyday we learn new thing

Selepas masuk dunia ipt nanti, tekad ku, takde lagi perkataan 'm a l a s' dalam kamus hidupku cewah. Lagi-lagi kepada student medic. Farmasi pun boleh tahan tough nya. Nak berjaya kena usaha kan? 

We cannot learn without pain

Memang. Belajar memang susah. Takde subjek yang senang. Kalau korang kata subjek seni paling senang. Cube la try stalk student-student seni bina or graphic or lukisan kejuteraan. Tengok diorang punya asignment memang laaaaa susah for me. Mungkin dalam badan tak mengalir darah seni? Ahahaha.

Tapi pahitnya belajar tu, di pengakhiran akan menjadi nikmat. Percayalah. Masuk dunia ipt, bukan ingat sebab nak freedom je, free from school rule. Bukan ingat nak cari awek nak bercinta bagai. Bukan ingat nak bergaya tukar baju fancy tiap hari. Tapi masuk dunia ipt untuk belajar. B E L A J A R. Ilmu dalam kehidupan seharian tu penting. Sebabtu Islam sendiri mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Even Rasulullah s.a.w pun ada tegaskan dalam hadisnya bahawa tuntutlah ilmu walau ke negeri cina. See betapa pentingnya ilmu kan?

Jadikan kegagalan SPM sebagai inspirasi. Failure is the key of success

Do pray for me, nak melangkah masuk dunia ipt ni. Dengan course farmasi :O

So, mature lifee soon. 

Thank you for reading









4 comments:

iman mardhiah said...

All the best!pharmacist not bad at all..♥♥♥

Stalker said...

Gooodluck yeee awakk.. :D

Teena Tna said...

Dik kalau nak tanya boleh contact akak kat fb 'Teena Tna'.

Ni link - https://www.facebook.com/teena.tna.5?ref=tn_tnmn

Teena Tna said...

Dik, dapat further farmasi ye? Tahniah!! =)