08 May 2014

Better days ahead - Pharmacist to be


sumber gambar: google

Bismillahirahmanirrahim and Assalamualaikum. Hello and hi everyone. Meet again

Update buat kedua kalinya pada hari ini. Feel free today hoho

Okay tunggu UPU ni memang sangat menyeksakan. So far, saya masih tetap pendirian nak further kepada Farmasi. And so far juga, dah banyak kaunselor, senior-berpengalaman dan cikgu-cikgu yang telah dijumpa untuk meminta pendapat.

So semalam bukak website upu tengok tarikh-tarikh penting. But sayangnya, takde pun tulis bila result upu keluar -,- tapi dekat website upu tu, dia tulis 25hb Mei pendaftaran pelajar baru Asasi bagi sesi 2014/2015. And 2hb Jun pendaftaran pelajar baru diploma bagi sesi 2014/2015. So kite tengok tarikh mana yang akan terkena~

Okay, time isi borang upu tu memang laa, banyak course yang diisi. Contohnya aktuari, akaun, perbankan, medical imaging and bla bla. Dah tak ingat hahaha. Tapi actually target dekat UIAM ngan UiTM je. Which is UIAM tu Asasi Farmasi dekat Kuantan if I am not mistaken. And UiTM diploma Farmasi dekat kampus Pulau Pinang. Hoho kalau la dapat either one, memang merantau nogori orang la jawabnya.

Why am I too nekad nak amik Farmasi? First of all, because I really love Chemistry. I know at first cita-cita ku adalah menjadi doktor. Well, time tu pikir seronoknyaaa main bedah-bedah hahaha. Then bila masuk menengah atas, belajar biologi pasal plant especially, mak oi memang mampuih. Kesian cikgu Khairiah kena explain bagai nak rak dekat sorang anak murid dia ni yang memang tak reti apa itu erti biologi hahaha.  

And the second reason, ayah ngan ummi asyik sebut farmasi. Well, memang laa at first saya yang cakap saya minat farmasi, tapi bila sebut pasal aktuari, takde siapa pun nak support. But its okay, aktuari tu just minat but kalau nak kerjaa haih dont know la -.-  selain tu, ada la jugak pergi jumpa kaunselor and ketua kaunselor. Then buatla ujian personaliti and the result saya dikategorikan sebagai SOSIAL. Whaaattt :O Dan dinasihatkan bersungguh-sungguh oleh kaunselor tersebut untuk further dalam farmasi.

Kata-kata Ayah dan Ummi itu adalah satu doa. Yang ni saya sangat yakin. Terlalu yakin. Bila diorang dah sebut siang malam pagi petang and I was like, Oooh memang rezeki aku dekat farmasi kot. In shaa Allah. Tambah lagi diorang asyik sebut asasi farmasi je. Secara jujurnya, memang laa rasa macam ohh my...... asasi? Boleh ke? Hmmm. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah hendaknya Aamiin.

What if kalau upu tak dapat? Its okay, IPTS belambak. "Boleh laa kau, orang kaya" Saya tak kaya! Tapi kalau untuk pelajaran apa salahnya berkorban? Untuk handphone boleh berkorban duit beribu. Gunanya hanya sementara. Tapi kalau untuk pelajaran yang kekal abadi hingga ke akhirat apa salahnya berkorban kan?

So nak share sedikit information pasal IPTS. Kalau korang nak amik ipts, pilih la ipts yang betul-betul diiktiraf oleh MQA. Kalau tak, memang naya, lepas graduate sijil tak sah. Huih nauzubillahiminzalik. So saya amik ipts UniKL. Daftarnya pada 21 Jun di UniKL RCMP. Okay I know dekat sangat kan? Dekat Ipoh je. Tapi, at the end of this year, my family akan pindah ke Puchong. So, berdikari again. 

UniKL tak mahal ke? Mahal memang mahal. Tapi kalau mohon pinjaman MARA, sesiapa yang dapat pointer 3.5 ke atas, pinjaman akan menjadi scholarship. Kalau 3.5 ke bawah kena bayar either 20% atau 10 % So, apa lagi alasannya? Tinggal nak belajar je kan. Pleaseee belajar rajin-rajin. 


sumber gambar: google

So tinggal berapa hari je lagi, boleh kira dengan jari. Menghabiskan sisa-sisa cuti di rumah dan akan bergelar student again. 

Everyday we are student. Because everyday we learn new thing

Selepas masuk dunia ipt nanti, tekad ku, takde lagi perkataan 'm a l a s' dalam kamus hidupku cewah. Lagi-lagi kepada student medic. Farmasi pun boleh tahan tough nya. Nak berjaya kena usaha kan? 

We cannot learn without pain

Memang. Belajar memang susah. Takde subjek yang senang. Kalau korang kata subjek seni paling senang. Cube la try stalk student-student seni bina or graphic or lukisan kejuteraan. Tengok diorang punya asignment memang laaaaa susah for me. Mungkin dalam badan tak mengalir darah seni? Ahahaha.

Tapi pahitnya belajar tu, di pengakhiran akan menjadi nikmat. Percayalah. Masuk dunia ipt, bukan ingat sebab nak freedom je, free from school rule. Bukan ingat nak cari awek nak bercinta bagai. Bukan ingat nak bergaya tukar baju fancy tiap hari. Tapi masuk dunia ipt untuk belajar. B E L A J A R. Ilmu dalam kehidupan seharian tu penting. Sebabtu Islam sendiri mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Even Rasulullah s.a.w pun ada tegaskan dalam hadisnya bahawa tuntutlah ilmu walau ke negeri cina. See betapa pentingnya ilmu kan?

Jadikan kegagalan SPM sebagai inspirasi. Failure is the key of success

Do pray for me, nak melangkah masuk dunia ipt ni. Dengan course farmasi :O

So, mature lifee soon. 

Thank you for reading









The Best Choice



Bismillahirahmanirrahim and Assalamualaikum

Hi and hello, dah lama tak update 

Tik tok
Tik tok
Tik tok

Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam jawab paper Arab huhu. And now, sedang menghabiskan saat-saat terakhir di rumah. Menghabiskan sisa-sisa cuti yang hanya tinggal beberapa hari je lagi. 

Waiting for UPU. 

L O A D I N G . . . . . . . 

Tettt!! UPU hilang dari radar harap maklum. Diminta kepada semuua rakyat calon SPM 2013 harap Bersabar dan Berdoa banyak-banyak kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan kita, Aaamiin.

Okay what I want to share with you about adalah pasal 'The Best Choice' sama ada matriks or form 6 or asasi or diploma.

Actually nak update pasal benda ni lama dah. Cuma harini baru berkesemapatan. Well, baru ada mood nak update blog hihi. So, the things yang nak diceritakan ni maybe kisah lama la.

So, waktu semua orang (bukan semua, should be 18 teenagers) duk kelam kabut buat pilihan sama ada matriks, form 6, asasi or diploma, dan ditambah pula dengan tawaran-tawaran IPTS yang tak kurang juga hebatnyaaaa, adalah beberapa manusia yang tidak bertanggungjawab maybe* telah memburukkan lagi keadaan kami. Tsk tsk kesian kami tauu TT^TT. Manusia-manusia tersebut of course laaa senior-senior yang dah lepas dari keceramukan kekusutan minda macam kami yang taktau nak pilih course apa ni. Haaa berbelit tak ayat? Hope korang faham >.<

The senior tweet:

1. Korang takpayah lah masuk matriks kalau rasa otak tu tak se-brilliant mana. Aku yang straight A pun kena lelong

2. Untuk adik-adik lepasan SPM tolonglah jangan masuk matriks. Nanti menyesal tak berguna

3. Adik-adik yang masuk asasi dan matriks, jangan terkejut kalau ramai yang keluar amik diploma nanti

4. Lepasan SPM yang nak masuk asasi, baik korang fikir perabih dulu. Jangan nanti masa korang yang perabih

5. Siapa yang straight A tu, kalau masuk Matriks or Asasi, ingat boleh dapat 4.0?

6. Korang jangan masuk form 6!! Untuk ketenangan jiwa korang pada masa akan datang. Ini AMARAN!!

7. Yang budak Asasi/Matriks, jangan dok perlekeh laa budak yang masuk form 6, sepandai-pandai budak Asasi/Matriks, pandai lagi budak form 6

8. Adik-adik lepasan SPM jangan masuk form 6, PBS doh

9. Korang ingat diploma pilihan terbaik? Korang salah. Korang ingat korang diploma senang nak sambung ijazah?

K harap maaf, sebab terlupa nak print screen tweet-tweet berkenaan.

And bila baca semua tweet tu, I was like? Habis kitorang nak masuk manaa? Masuk jamban ke? Haaihhh

Dear seniors, I am begging you. Cukup-cukuplah cakap benda yang bukan-bukan. Tak payah hasut kitorang cakap itu ini. Tak payah bagi pendapat yang tak bertauliah dekat twitter facebook instagram and semua laman sosial. Kecuali kalau ada orang yang mintak pendapat dari abang and kakak sekalian. And pleaseeeeeeee jangan di public. Kalau nak kutuk matriks or form 6 or asasi or diploma sila lah whatsapp, wechat, direct message or privare message. Bukan nak bersikap kurang ajar mahupun biadap, tapi, pendapat korang, wahai senior ku sayang, buatkan kami adik-adik takut nak pilih mana satu. Buatkan kami rasa nak stop belajar and kawen je hahahahahah(K ni over ><) 

Dulu, time kitorang habis form 3 and nak masuk form 4, korang dah provok kitorang macam-macam pasal Addmath. Katanya orang yang dapat A+ Math pun belum tentu dapat A dalam Addmath. And finally ramai laaa rakan sebaya termakan hasil hasutan dan provok korang. Dah ter-set di mind masing-masing yang Addmath tu susah gilaaa. Nasib baik laa saya tak termakan hasutan korang ahahaha booooo!!! And hakikatnya, Addmath la subjek paling senang for me. Sebab dari awal dah set mind "jangan dengar cakap senior, Addmath tu senang sangat. Tak de benda yang susah kalau belajar sungguh-sungguh" And the result is I got A in Addmath :)

So 'The Best Choice' is bukan lah matriks atau diploma atau form 6 atau asasi. The best choice is your choice. Yang penting, mesti kena berusaha bersungguh-sungguh. Kalau tak berusaha, masuk tadika pun takkan berjaya. Belajar A B C kalau taknak usaha, tak reti nak sebut jugak. Kan?



K ni ada pesanan khas untuk semua yang bakal further study dalam course pihan hati masing-masing. We have to work hard, kalahkan Chineese and Indian (K bukan nak racist). Kalau diorang boleh dapat pointer tinggi, kenapa kita tak? Kita ada sama dua mata, dua telinga, satu hidung, satu kepala and satu otak macam diorang. Diorang takde pun otak extra yang boleh buatkan diorang dapat pointer tinggi. Apa lagi alasan untuk kita tak berjaya? 

Thank you for reading