07 March 2014

Couple tak haram selagi tak menimbulkan kemaksiatan?




Bismilahirahmanirrahim and Assalamualaikum

May all the readers blessed with Iman. In shaa Allah


"Assalamualaikum Atien, nak tanya boleh? Betul ke couple tu tak haram selagi tak menimbulkan kemaksiatan?"

Allah Allah Allah, itu je mampu diucapkan bila ada orang tanya macam tu. Sedih nyaaa, sampai begitu sekali para remaja sekarang 'meng-halalkan' couple. Tertanya-tanya, sejak bila diorang dianaikkan pangkat jadi mufti sampai berani nak keluarkan fatwa macam tu?

Belajar ilmu agama dalam lagi dik. Jangan main cakap je. Hukum Allah tidak boleh dibuat main.

Sedangkan sudah terang lagi bersuluh, dalam ayat Quran, Allah berfirman
Dan jangan lah kamu menghampiri Zina, sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat  (yang membawa kerosakan) - Surah al Isra':32

Adikku sayang, awak Islam kan? Orang Islam berpandu kepada Quran dan Sunnah kan? Kenapa taknak follow apa yang Quran dah kata? 

Sudah jelas, Zina tu haram kan? Zina yang dimaksudkan dalam ayat Quran diatas bukan merujuk kepada 'perbuatan zina' semata-mata. Zina di atas turut merujuk kepada, zina mata zina hati zina tangan zina telinga zina kaki zina mulut.

Banyakkan zina ni sebenarnya? Zina maksudnya maksiat kan? Sebagai umat Islam kita dilarang melakukan kemaksiatan kepada Allah kan? Itu maksudnya, dilarang melakukan perkara-perkara yang Allah larang. Contoh lain, Allah larang kita berjudi. Berjudi tu dikira melakukan kemaksiatan kepada Allah

K, terlalu banyak nak explain tentang ni. 

Bila kawan aju je solan tu, terlintas dalam fikiran tentang Babi pulak. Seekor binatang yang orang Islam sangat geli. Pelik? Sabaar, baca sampai habis dulu.




Teringat dekat kuliah Maghrib yang disampaikan oleh seorang senior ketika di Taayah dulu. Kuliah nya berbentuk cerita. Saya cuba sampaikan, In shaa Allah.

Di sebuah sekolah, ada dua orang insan yang bernama Fatimah dan Ahmad*bukan nama sebenar. Fatimah dan Ahmad adalah seorang yang sangat disegani oleh setiap peljar di sekolah tersebut. Sebab, mereka ni sangat alim. Solat awal waktu, mengaji tak tinggal dan rajin menyertai majlis ilmu.




Namun, dalam diam, mereka meminati antara satu sama lain. Tapi, takut untuk diluahkan.

Tamat persekolahan di tingakatan lima, mereka menyambungkan pelajaran ke sebuah Universiti yang sama. Kebetulan. Fatimah dan Ahmad makin merasakan yang itu adalah 'jodoh mereka'

Ahmad mengambil keputusan untuk melamar Fatimah menjadi pasangannya. Oppps, bukan Isteri, tetapi pasangan kekasih. Pada mulanya Fatimah menolak kerana takut, namun Ahmad memberi alasan bahawa mereka bukan melakukan kesalahan kerana mereka mengamalkan 'Couple Islamik'

Akhirnya, Fatimah pun setuju. Setiap hari mereka akan otp bersama.

"Awak, jangan lupa bangun Tahajjud ya" "Awak, jangan lupa baca Quran, baca Mathurat" "Awak, jangan lupa doakan saya lepas solat, agar jodoh kita berkekalan. Hik hik. Kenang daku dalam doamu ^^"  "Uhibbuki fillah"  "Uhibbuka fillah aidhan"  "Awak, macam mana kelas harini? Alaaa, awak jangan lah sedih, Allah bersama kita. Allah akan bantu kita"   "Awak, goodluck exam esok, Jihad fi Sabilillah" Bla bla bla

Sungguh sweet kan?

Setiap minggu mereka akan dating bersama. TAPI, sebelum dating, mereka akan baca beberapa potong ayat Quran dan Ahmad akan memberi tazkirah. Untuk saling ingat-mengingati katanya. Seterusnya baru lah mereka makan.

Sampai lah suatu hari, mereka rancang untuk berdating di KFC. Seperti biasa, Ahmad dan Fatimah akan bertadarus terlebih dahulu dan bertazkirah. Kemudian mereka pun makan. Sedang mereka makan, seorang muallaf(orang yang baru convert ke dalam Islam) yang dahulunya merupakan salah seorang kawan Ahmad pun menegur Ahmad dan Fatimah

"Assalamualaikum Ahmad, boleh saya duduk?" kata Arif

Melihatkan Ahmad dan Fatimah duduk berdua-duaan, Arif terus menanyakan Ahmad soalan "kenapa seorang perempuan berdua-duaan dengan lelaki ajnabi(lelaki bukan muhrim) ?"

Balas Ahmad, "Ohh kami couple, tapi kami couple Islamik. Anta jangan lah risau"

Mendengar kan jawapan Ahmad, Arif hanya tersenyum. Lantas memulakan pengalaman beliau selepas convert ke Islam

"Ahmad, awak nak tau tak? Sebelum saya masuk Islam, tiap-tiap hari saya makan babi. Selepas convert, saya selalu masuk hospital sebab tak dapat makan babi. Saya tak boleh hidup tanpa babi. Saya mesti makan babi. Kalau tak, saya akan pengsan.

Sampai satu masa, saya rasa saya perlu lakukan sesuatu. Saya dapat idea.

Saya bela seekor babi yang baru lahir. Kata orang, bayi yang baru lahir, ibarat sehelai kain putih yang suci. So, macam tu lah jugak babi kan?

Setiap saat, saya akan bisikkan kalimah Allah kepada telinga babi itu. Setiap hari, saya akan mandikan babi tersebut sambil berselawat kepada junjungan nabi Muhammad saw. Saya beri babi makan makanan yang halal sahaja, makanan yang yakin kesuciannya. Setiap satu jam, saya akan bacakan ayat-ayat alQuran di telinga babi. Setiap kali saya nak solat fardhu, saya akan letakkan babi disebelah saya. Setiap lima minit saya akan beristighfar, bertahmid dan bertakbir di telinga babi tersebut. Setiap dua jam, saya akan azankan di telinga babi tersebut berserta iqamah.

Genap tiga tahun, babi tersebut sudah matang untuk dimakan. Saya sembelihkannya mengikut cara Islam. Selepas itu, saya masak dengan semua bahan yang halal. 

Ahh, saya tak sabar nak makan dah. Sudah tiga tahun saya tunggu. Inilah masanya. Yummy. Ketika makan, tiba-tiba saya nampak seorang Ustaz lalu dihadapan saya. Saya pun jerit ke arah ustaz tersebut 

'Ustaz, mai makan. Babi halal ni'

Begitu lah kisah saya" Arif bercerita

Mendengarkan cerita dari Arif, Ahmad dan Fatimah pun sedar yang mereka telah melakukan kesalahan besar. The end



Islam mudah , kita yang menyusahkan

My conclusion. Yang haram tetap haram. Yang haram tak mungkin jadi halal. Wallahualam

Tapi, yang pelik. Orang Islam geli nak pegang babi. Tapi tak geli nak pegang tangan girlfriend boyfriend sendiri. Apa bezanya? Tetap Haram kan? At least, pegang babi, kita boleh sucikannya semula dengan sama' kan? Tapi pegang tangan boyfriend dan girlfriend, boleh sama'?








No comments: