15 January 2014

Tips Mudah Bangun Qiamullail atau Tahajjud





Bismillahirahmanirrahim and Assalamualaikum ya Bakal Jenazah.

Qimaullail asal nya datang daripada perkatan Qiam (bangun) dan al-Lail (malam). 

Banyak kelebihannya bagi orang yang mengamalkan Qiamullail terutama Tahajjud. Namun, post kali ni bukan lah untuk menceritakan kelebihan-kelebihan Qiamullail, tapi untuk berkongsi teknik-teknik untuk mudah bangun Qiamullail, In Shaa Allah

1.Mengamalkan Qailulah.
Qailulah ialah tidur sebentar sebelum waktu Zuhur. Tak perlu lama-lama. 5-10 min pun dah memadai. Hebatnya Qailulah, boleh recharge energy dalam badan sama macam tidur kita di malam hari. Selepas bangun dari Qailulah, badan akan terasa segar, percayalah. Dan bila kita mengamalkan Qailulah, ia akan lebih memudahkan kita untuk bangun di malam hari In Shaa Allah.

2. Jangan makan makanan yang berat sebelum tidur.
Kalau makan makanan yang berat, bukan sahaja susah nak bangun untuk bertahajjud, tapi membuatkan badan kita malas untuk bangun keesokan harinya. Makan makanan yang berat, boleh buat badan kita cepat rasa letih dan malas.

3. Baca al-Mathurat sebelum tidur.
Bacalah Mathurat sebelum tidur. Bukannya, menyanyi, bukannya texting dengan yang bukan mahram, bukannya tengok tv, bukannya scroll tl. Kalau ayat terakhir di bibir kita adalah perkataan suci, In shaa Allah, Allah akan permudahkan urusan kita untuk bangun tahajjud bahkan permudahkan urusan kita untuk keesokan harinya. At least, perkara terakhir kita buat sebelum tidur adalah bukan perkara maksiat. Bila tidur pun, dalam keadaan yang tenang In shaa Allah.

4. Ambil Wudhu' sebelum tidur.
Adat orang melayu, basuh kaki sebelum tidur. Pahala takde, kaki je bersih. Sunnah nabi, ambil wudhu' sebelum tidur. Pahala dapat, tubuh pun segar.

5. Niat, tanam azam dan berdoa dengan bersungguh-sungguh.
Niat sungguh-sungguh, doa sungguh-sungguh. Ingat, Allah akan bantu orang yang berusaha. Kalau kita tak pernah usaha, hanya cakap di bibir 'aku nak bangun malam' .. tanpa niat dan usaha yang bersungguh-sungguh, Allah takkan bantu. 
Berdoalah kepada Aku, nescaya akan aku perkenankan [60:23]






Ummi pernah cakap, yang arwah opah tak pernah tinggalkan solat Tahajjud semasa tidurnya. Waktu arwah opah meninggal, mukanya tenang sangat. Allah, rasa tercabar sangat. Opah yang dah tua mampu menunaikan solat Tahajjud yang bukannya Wajib dikerjakan, sedangkan kita?

Orang kalau dah susah nak bangun solat Tahajjud, bukan tandanya dia malas. Tapi tandanya Allah tak mau jumpa dia -Tweet sentap dari admin mana entah -.-

Antara ibadah yang boleh dilakukan semasa Qiamullail
1.Solat sunat Tahajjud
2.Solat sunat Tasbih
3.Solat sunat Taubat
4.Solat sunat Hajat
5.Solat sunat Witir
6.Tadarus al-Quran
7.Berselawat dan Berzikir

Ada sesetengah orang taknak mengerjakan Qiamullail sebab berpendapat, akan rasa ngantuk dan letih di keesokan harinya. SALAH!! Hebatnya Qiamullail, orang yang mengamalkannya, akan rasa segar dan bertenaga di keesokan hari. Percayalah. Yang penting niat kena Ikhlas kerana Allah. Kalau kita ikhlas, In Shaa Allah, Allah akan bantu. Think Positive. Takkan lah kita buat benda baik, Allah akan susahkan kita pulak kan?

Selamat menunaikan ibadah Qiamullail ^^ Semoga post ini dapat membantu


No comments: