15 January 2014

Tips Mudah Bangun Qiamullail atau Tahajjud





Bismillahirahmanirrahim and Assalamualaikum ya Bakal Jenazah.

Qimaullail asal nya datang daripada perkatan Qiam (bangun) dan al-Lail (malam). 

Banyak kelebihannya bagi orang yang mengamalkan Qiamullail terutama Tahajjud. Namun, post kali ni bukan lah untuk menceritakan kelebihan-kelebihan Qiamullail, tapi untuk berkongsi teknik-teknik untuk mudah bangun Qiamullail, In Shaa Allah

1.Mengamalkan Qailulah.
Qailulah ialah tidur sebentar sebelum waktu Zuhur. Tak perlu lama-lama. 5-10 min pun dah memadai. Hebatnya Qailulah, boleh recharge energy dalam badan sama macam tidur kita di malam hari. Selepas bangun dari Qailulah, badan akan terasa segar, percayalah. Dan bila kita mengamalkan Qailulah, ia akan lebih memudahkan kita untuk bangun di malam hari In Shaa Allah.

2. Jangan makan makanan yang berat sebelum tidur.
Kalau makan makanan yang berat, bukan sahaja susah nak bangun untuk bertahajjud, tapi membuatkan badan kita malas untuk bangun keesokan harinya. Makan makanan yang berat, boleh buat badan kita cepat rasa letih dan malas.

3. Baca al-Mathurat sebelum tidur.
Bacalah Mathurat sebelum tidur. Bukannya, menyanyi, bukannya texting dengan yang bukan mahram, bukannya tengok tv, bukannya scroll tl. Kalau ayat terakhir di bibir kita adalah perkataan suci, In shaa Allah, Allah akan permudahkan urusan kita untuk bangun tahajjud bahkan permudahkan urusan kita untuk keesokan harinya. At least, perkara terakhir kita buat sebelum tidur adalah bukan perkara maksiat. Bila tidur pun, dalam keadaan yang tenang In shaa Allah.

4. Ambil Wudhu' sebelum tidur.
Adat orang melayu, basuh kaki sebelum tidur. Pahala takde, kaki je bersih. Sunnah nabi, ambil wudhu' sebelum tidur. Pahala dapat, tubuh pun segar.

5. Niat, tanam azam dan berdoa dengan bersungguh-sungguh.
Niat sungguh-sungguh, doa sungguh-sungguh. Ingat, Allah akan bantu orang yang berusaha. Kalau kita tak pernah usaha, hanya cakap di bibir 'aku nak bangun malam' .. tanpa niat dan usaha yang bersungguh-sungguh, Allah takkan bantu. 
Berdoalah kepada Aku, nescaya akan aku perkenankan [60:23]






Ummi pernah cakap, yang arwah opah tak pernah tinggalkan solat Tahajjud semasa tidurnya. Waktu arwah opah meninggal, mukanya tenang sangat. Allah, rasa tercabar sangat. Opah yang dah tua mampu menunaikan solat Tahajjud yang bukannya Wajib dikerjakan, sedangkan kita?

Orang kalau dah susah nak bangun solat Tahajjud, bukan tandanya dia malas. Tapi tandanya Allah tak mau jumpa dia -Tweet sentap dari admin mana entah -.-

Antara ibadah yang boleh dilakukan semasa Qiamullail
1.Solat sunat Tahajjud
2.Solat sunat Tasbih
3.Solat sunat Taubat
4.Solat sunat Hajat
5.Solat sunat Witir
6.Tadarus al-Quran
7.Berselawat dan Berzikir

Ada sesetengah orang taknak mengerjakan Qiamullail sebab berpendapat, akan rasa ngantuk dan letih di keesokan harinya. SALAH!! Hebatnya Qiamullail, orang yang mengamalkannya, akan rasa segar dan bertenaga di keesokan hari. Percayalah. Yang penting niat kena Ikhlas kerana Allah. Kalau kita ikhlas, In Shaa Allah, Allah akan bantu. Think Positive. Takkan lah kita buat benda baik, Allah akan susahkan kita pulak kan?

Selamat menunaikan ibadah Qiamullail ^^ Semoga post ini dapat membantu


12 January 2014

Come on Muslim, Infiru





Bismillahirahmanirrahim, With The Name of Allah The Beneficent and The Merciful.
Assalamualaikum, semoga kalian sentiasa diRedhai Allah, In Shaa Allah.

Tengok gambar atas tu.. Cantik? Memang Cantik. Malah Cantik sangat. Subhanallah. Semuanya kuasa Allah. 





ISLAM. This is the Matter that we will discuss about. 

Semalam, saya ke Andalusia Ipoh. On the way, dengar my Along tak habis-habis membebel pasal kawan dia dekat kaklong. At first, memang malas nak masuk campur sebab isu Politik. Well, I am still under age, kalau comment apa-apa nanti, takut salah info pulak. So saya amik keputusan untuk dengar je bebelan Along tu.

But, tetiba ada satu isu menarikyang Along bahaskan dalam kereta. Isu Kalimah ALLAH. 

Along cakap, his friend whatsapp dekat group:

1. Kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain. 
2. Hudud pun tidak dilaksanakan, kenapa pulak kalimah Allah nak dipertahankan? (ini salah satu huraian kawan Along.)  
Allah, sedihnya dengar orang Islam sendiri cakap mcm tu.

Come on MUSLIM. you said that you are ISLAM, Prove it laa. NO! I dont want to talk about Ploitik. Sekarang ni, isu Aqidah. How can korang cakap non-Muslim boleh guna kalimah Allah dalam kitab mereka. Dont you think? What if, our generation or pemuda-pemudi sekarang yang cetek dengan ilmu Islam. Okay, we cant blame them because of their fault. I know, their fault adalah taknak menuntut ilmu agama. But its our faults too sebab tak tunjuk betapa pentingnya mempelajari dan mendalami imu agama.

One day, katakan diorang tetiba berminat untuk mempelajari ilmu agama. Tanpa disangka-sangaka, mereka mengkaji kitab Christian yang telah pun menggunakan kalimah Allah menggantikan Jessus. Now, can you imagine what will happen? So, nanti jangan salahkan diorang kalau diorang turut menganuti agama Christian sebab, nama Jessus telah ditukar dengan kalimah ALLAH kan? 

So, my reaction bila Along cakap tentang kawan dia, saya just cakap "ayat dia memang Pasrah, macam dah menyerah kalah"

Now, read carefully*point penting
ALLAH DAH JANJIKAN YANG ISLAM AKAN MENANG SEBELUM QIAMAT
Maknanya selepas Islam menang, Qiamat akan berlaku. Kan?

Look, kalau lah seseorang tu takde ilmu, dia akan cakap "aku taknak berusaha apa-apa demi Islam, sebab nanti Qiamat akan berlaku"

Tapi, apa yang saya nampak sekarang.. Most Muslim tak takut dengan Qiamat. Kami masih memperjuangkan Islam. Mahu Islam menang. Dan kami yakin Islam akan menang one day. Sebab Janji ALLAH itu pasti. So, kalau kita mengaku kita Islam? Why not kita semua bersatu untuk memperjuangkan Islam? Tak boleh ke kita tinggalkan EGO masing-masing. Lupakan pangkat. Lupakan kuasa. Lupakan perbalahan antara parti politik.

Saya bukan nak berpolitik. Tapi, tak nampak ke kalian? Butakah kalian? Angkara politik, Islam berpecah-belah. Sedangkan, Politik pada asalnya, nabi Muhammad s.a.w memperkenalkan kepada kita dengan cara yang baik? Siapa yang salah sekarang? Sudah lah. CUKUP. Cukup menunding jari ke arah orang lain. Mahupun Barisan Nasional ataupun PAS. Tak malu ke? Upload berbagai video serta gambar ke dalam laman sosial untuk mengaibkan pihak lawan. BN kutuk PAS. PAS kutuk BN. Sampai bila? Sampai bila ISLAM nak menang. 

Ini semua sebab parti masing-masing tidak mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Kalau betul kalian mengamalkan, kenapa masih ada hasad dengki antara kalian. Kenapa? Kenapa tidak dibuangkan Ego dan Hasad itu dan berbaik antara satu sama lain? Kenapa tidak menjalinkan ukhuwah fillah supaya ISLAM dapat ditegakkan?

That was just my opinion. I know, berkata memang mudah. Untuk melaksanakan, memang payah. 

"you are just under age budak, tak perlu nak berhujah tentang ploitik. You dont know nothing okay"

Yes. I am under-age. I know that I know nothing about Politics. But ini semua demi Islam. Politik hanya dunia. Namun untuk ke Syurga yang kekal, kita mesti beramal dengan baik semasa di dunia. Letakkan Dunia di tangan, Akhirat di hati supaya kita yang mengawal Dunia, bukan Dunia yang kawal kita.

At last, Along cakap,
Nabi Muhammad s.a.w tu fatin, even waktu Qiamat, Gunung-ganang serta Langit dah Runtuh dan berpecah belah, kalau di tangan kamu masih ada SEBIJI BENIH, Tanamlah!! Walaupun pada kasarnya, tanam sbiji benih tak mampu mengubah apa-apa. Betapa baiknya Nabi Muhammad s.a.w begitu melindungi tumbuh-tumbuhan. 

At first, saya tak begitu faham apa yang Along cuba sampaikan. Then, he continue,

Inikan pulak, kalau sesama manusia. Lagi lah kita kena saling melindungi. Apatah lagi Isteri, Suami, Saudara-mara, Shabat handai. Walaupun Iman mereka hanya tinggal sebutir pasir di pantai. Mereka berhak mendapat lindungan dari kita.
Allahu, waktu dengar Along cakap macam tu, rasa sebak sangat. Rasa macam nak nangis. Betapa baiknya Nabi Muhammad s.a.w begitu teliti dengan setiap umatnya. Setiap saat, ingat kepada kita yakni umatnya. Namun kita? Sering kali lupakan Nabi Muhammad s.a.w Terlalu sibuk degan urusan dunia -.-

So Muslim, JANGAN MENGALAH dan MENYALAHKAN antara satu sama lain. Tapi, Bangkitlah(INFIRU) bersama memperjuangkan Islam. 

Stop saying that "dah mereka tu minum arak dari dulu, apa yang mapu kita buat? Hudud pun tak dilaksanakan", "mereka dah berzina, tak boleh buat apa dah", "mereka dah memang kaki rempit, dah rosak akhlak, cakap mcm mne pun takkan berubah nya".

Sampai ke Andalusia, Ustaz pula cakap:
Kita ni tuan puan(rasa mcm dah tua pulak) , kalau kita taknak Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. bukan tandanya kita Malas. Itu tandanya Nabi taknak berjumpa dengan kita
Allahu sedihnya. Mengenangkan betapa banyak dosa di dunia, begitu banyak laghanya didunia sehinggakan Nabi Muhammad s.a.w sangat kecewa mungkin dengan sikap kita lalu enggan berjumpa dengan kita.

Hm, hari yang penuh dengan Muhasabah. Terima kasih Allah