22 December 2013

Rabbi Yassir Wala Tuassir




Bismillahirahmanirrahim, With the name of Allah the most Beneficent and the most Merciful   

Assalamualaikum and hye people. 

Masuk hari ni, dah genap tiga hari lepas result PMR keluar. Hm, I dont know why, bila dengar nama budak-budak straight A, ke-cuak-an sangat terasa. Rasa macam diri sendiri pulak nak amik result PMR. Dengar je result-result budak PMR, tak kira lah SYS atau Taayah, rasa sebak sangat. Over kan?

Hm, sangat takut actually. Cant imagine mcm mana nak amik result SPM nanti. Cant imagine kalau tak dapat straight A. Straight A, siapa yang taknak kan? Kalau bagi orang gila pun dia mesti nak. Even bagi kucing pun kalau dia boleh berkata-kata, mesti dia akan cakap 'nak sangat'. Yela, kalau dah ada straight A takpayah dia bersusah payah merempat di merata tempat mintak makanan lagi tu. Kalau kucing ada straight A kan, confirm diorang berhenti dari pekerjaan mem-bodek diorang. Berhenti dari membodek manusia. Mintak makanan. Er, okay, over sangat kucing ada Straight A ye -.-

I dont know why, tapi rasa tak yakin sangat. Tak tau laa, firasat hati kuat mengatakan tak dapat Straight A. 

Puas sudah pujuk hati ni. 

Percayalah dengan ketentuan Allah.

Percayalah Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat hambaNya.

Percayalah yang kau dah usaha sehabis mungkin, redha lah dengan apa jua result.

Percayalah perancangan Allah itu hebat.

Percayalah rezeki ada di mana-mana.

Percayalah ada hikmah di setiap perkara yang berlaku.

Percayalah. Percayalah. Percayalah.

Mulut mungkin kata Ya. Tapi kita tak boleh tipu diri sendiri. Dalam hati masih tak dapat terima kenyataan sebenarnya. 

Some people said, 'dapat 7A pun bersyukur sangat'. Same goes with me. In front of them. I said the same thing. Tapi, dalam hati, masih penuh dengan pengharapan agar Straight tetap dapat di gapai. Ahh, serabut. Serabut.

Terkenang kan balik semua harapan daripada orang tersayang. Of course yang paling utama adalah Ummi and Ayah. Then, my adik beradik and Teachers. Begitu Ummi Ayah mengharapkan aku dapat straight A. Even, in front of me, they always said 'takpe, buat yang mana mampu'. Tapi, jauh terbenam di dasar lubuk hati, aku tau harapan diorang untuk aku dapatkan Straight A sangat tinggi. Mungkin taknak aku terbeban barangkali. Sebab tu tak pernah menyatakan dekat depan aku.

Harapan cikgu-cikgu. Tak dapat bayangkan kalau aku sendiri yang memusnahkan harapan tu. Mesti sangat sedih kan? Susah payah Ummi Ayah korbankan masa dan duit. Sampaikan keperluan peribadi pun terpaksa diketepikan demi kepentingan aku. Tapi se-sen pun diorang tak pernah mintak untuk dibalas. UmmiAyah hanya mintak aku belajar rajin-rajin. The teachers too. Datang awal pagi ke sekolah, untuk prepare apa yang patut untuk anak didik. Terpaksa abaikan keperluan keluarga sebentar, demi kepentingan anak didik. Buat extra class, tapi tak pernah claim.

Semuanya demi siapa? Demi aku.

Tapi apa yang aku balas? Nothing.

Ummi, Ayah, Cikgu Ramizah, Teacher Faiza, Ustaz Faiz, Cikgu Liza, Cikgu Haniz, Teacher Intan, Cikgu Roshazira, Cikgu Khairiah, Cikgu Alimin, Ustzh Hayati, Ustaz Hisham and Cikgu Hasnah, Thank you so much for everything. For supporting me. Terima kasih sangat-sangat atas pengorbanan Ummi Ayah dan cikgu-cikgu semua. Thank you for your guide. Terimakasih sebab letakkan kepercayaan UmmiAyah dan cikgu dekat fatin. Terimakasih spend time bila fatin ada masalah. Listening my problem UmmiAyah. Terimakasih sebab tak pernah kedekut pasal duit UmmiAyah. Terimakasih sebab tak pernah kedekut ilmu cikgu-cikgu. Terimakasih UmmiAyah dan cikgu setia mencurahkan kasih-sayang kepada fatin. Terimakasih UmmiAyah and cikgu-cikgu sebab tak pernah henti berdoa untuk fatin. Terimakasih UmmiAyah dan cikgu-cikgu banyak berkorban demi fatin. TERIMAKASIH 

Ummi, Ayah, Cikgu Ramizah, Teacher Faiza, Ustaz Faiz, Cikgu Liza, Cikgu Haniz, Teacher Intan, Cikgu Roshazira, Cikgu Khairiah, Cikgu Alimin, Ustzh Hayati, Ustaz Hisham and Cikgu Hasnah, I am so SORRY. Sorry. Sorry. Sorry. Hati fatin kuat katakan fatin tak dapat straight A. Sorry terpaksa punahkan harapan ummi ayah ngan cikgu-cikgu. Sorry sebab tak dapat naik atas pentas untuk Ummi Ayan ngan cikgu-cikgu. Sorry. Nasihah mungkin boleh. Letak lah harapan dekat Nasihah. Sorry I cant.




UmmiAyah and cikgu sekalian, Dont worry. Fatin takkan putus berdoa In Shaa Allah. I know Allah dah tetapkan semua yang terbaik untuk hambaNya. I know Allah will always give me the Best. I know, The Power of Hikmah. Fatin tau kegagalan dalam SPM tak bererti gagal selamanya. Fatin tau usaha sudah, tawakal seterusnya. Hm, akan ku cuba untuk pupuk hati ini agar redha. In shaa Allah. Lagipun, doa senjata mukmin kan? In shaa Allah, fatin akan cuba untuk istiqamah dalam berdoa. Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan. 

Ya Allah, permudahkan lah jangan kau susahkan.





2 comments:

Anonymous said...

:)

Anonymous said...

Segalanya ditangan Allah. Saya pun rasa benda yang sama. Kadangkala rasa kalaulah boleh putar semula masa dan perbetul kesilapan. InsyaAllah straight A milik kira bulan Mac ini....