19 December 2013

Kem Remaja Synergi 4.0





Bismillahirahmanirrahim and Assalamualaikum people.

Apa khabar Iman anda harini? Semoga Iman kalian sentiasa mantap.

So, today is 19 December already. Know what? WELCOME BACK TO SCHOOL!! Almost 1 month dah kita cuti sekolah kan? Except for SPM candidate laa, sebab kami baru 2 minggu lebih holiday dan kami ada baki holiday lebih kurang 5 bulan lagi. Jelous tak jelous tak? Jangan jelous, sebab life waktu sekolah sangat enjoy. Hargailah saki baki detik kalian semua di sekolah sementara masih di beri peluang. 

Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh
Dan berpesan-pesan dengan kebenaran
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran [103:1-3]

Memandangkan cuti dah nak habis, sekolah memanggil-manggil, mari kita bermuhasabah. Sepanjang cuti, apa kita semua dah buat? Semakin dekat ke kita dengan Allah? Atau semakin jauh. Nauzubillah.

Biasalah manusia kan? Iman manusia tak tetap. Sentiasa naik dan turun. Umat akhir zaman. Tambah lagi bila duduk dekat rumah, banyak betul godaan-godaan. Facebook, twitter, drama-drama korea, drama-drama melayu especially PISA, xbox laa, peti beracun laa (tv). Semua tu buat kita lupa untuk bermutabaah, untuk bermuhasabah, solat dilengah-lengahkan, Quran ditinggal-tinggalkan. Nauzubillah

Know what? Benda yang paling aku takut adalah apabila 'duduk dekat rumah'. Sound weird, but its a fact. Yalaa, bila kita duduk dekat rumah, kita akan sentiasa leka. Betul kan? Nak bukti? Bila korang cuti, bangun pagi pukul berapa? Mau tanya sikit. Haa haaa, jangan tipu kalau cakap bangun seawal 6 pagi untuk solat subuh. Kalau ada yang bangun seawal 6 pagi pun sure sebab tak tahan mak membebel suruh kita bangun menyahut seruan azan untuk menunaikan solat. Kan kan? Tahajjud jangan cakap laa.

But, I know tak semua orang macam tu. Kalian-kalian yang tak tergolong dari golongan di atas, tahniah saya ucapkan. Moga Istiqamah.



So, untuk mengelakkan diri dari terus leka dan hanyut dengan nikmat duniawai, I join Kem Remaja Sinergi 4.0.  Perasaan mula-mula nak datang, rasa macam malas sangat. Sebab I am alone, takde kawan. Tapi selepas 'di-promote' oleh kak Jiha, gagahkan jugak la kaki ni ke kem PLKN Chenderiang, Tapah. 

For your information, kem remaja sinergi a.k.a KRS taun ni buat sedikit kelainan. Sebab, KRS 4.0 lebih focus kepada hala tuju lepas SPM and the most great thing is, kitorang (pelajar lepasan SPM/STPM) diberi pengalaman macam mana keadaan ketika interview dalam slide MOCK INTERVIEW. Besides, kitorang jugak didedahkan dengan IPTA dan IPTS yang terbaik. Dalam slide ni, sering kali dinasihati oleh akak-akak fasi supaya memilih Universiti yang ada ahkwat agar ukhwah sesama kami terus terjalin.

Faham-faham je la, kita ni manusia memang mudah lupa. Itulah gunanya sahabat untuk saling menasihati. Nasihat bukan hanya ketika si dia melakukan kesilapan, tapi nasihat juga diperlukan setiap masa, agar diri tidak terus hanyut dan dikaburi dengan nikmat dunia. Sepanjang kem, banyak kali ditekan kan oleh akak-akak fasi supaya tak Lost Contact. Supaya ukhuwah antara fasi-fasi dan peserta terus terjalin. Agar mutabaah kami sentiasa terjaga. Agar iman kami sentiasa terpelihara. Agar kami menjadi remaja Islam yang unggul. So sweet kan mereka? Uhibbu antunna fillah :)


setiap kali makan, makan dalam talam :)

antara aktiviti di waktu petang, The Choosen Path

Lastly, I got many experiences there. Dapat kawan baru lagi. Nada, Ain, Wani, Aini ngan Fifah. Masing-masing dari negeri yang berlainan. Selangor, Kelantan, Johor and Kedah. Tapi, tali persahabatan ini terjalin atas dasar rasa kasih sayang. Much love with them.

So, untuk kalian-kalian yang tak pergi tu kan, memang sangat rugi. Seriously RUGI. Ehem, ulang suara, KORANG RUGI TAK JOIN KRS (Kem Remaja Sinergi). #Serious talk. Ahaha :D

But don't worry, tahun depan masih ada lagi. Mungkin lagi gempak. Siapa tahu kan? KRS 5.0 waiting. Melahirkan Remaja Islam yang Unggul In Shaa Allah :)

KRS BEST , percaya lahh.