06 August 2013

di dalam kegembiraan ada kesedihan ,


Ramadhan satu Perjuangan , Syawal satu Kemenangan .


Bismillahirahmanirrahim and Assalamualaikum hamba-hamba Allah sekalian,

dah lame aku tak update kan? well, spm candidate memang mcm ni, as busy as prime minister. seingat aku, last aku update adalah benda yang tersangat merapu, kan? haha, abaikan. certain orang je yang faham kisah di sebalik cerita itu. so, apa khabar anda-anda sekalian? semoga sentiasa berada di bawah rahmatNya, amin

malam ni, malam ke 28 Ramadhan. memandangkan semua orang pun berada dlm mood raya, aku ambil kesempatan ni nak ucapkan,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
dengan kesempatan ini, buat yang mengenali diri ini, aku nak pohon kemaafan atas salah silap yang aku lakukan terhadap anda semua. mohon dimaafkan diri ini. biaselah, aku juga insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa. namun, akan aku cuba untuk perbaikinya, insyaAllah :)


gambar ni aku terjumpa masa kemas rumah petang tadi , guess which one is me :)


well, cakap pasal raya, semua dah tak sabar nak balik kampung kan? semua orang dok update blog, twitter mahupun facebook tentang nak balik kampung. nasihat aku kat korang, hargailah suasana beraya di kampung selagi peluang masih ada. 

aku pun dah tak ingat sejak bile secara rasminya aku dah takde kampung. kalau tak silap aku, tahun 2005 mase aku darjah 3. taun tu last aku beraya di kampung and lepas tu, atok ngn maktok pun meninggal. al-fatihah. 




seriously, tersangat lah rindu dekat atok ngan maktok. kalau lah diorang masih ade, rase nak peluk je kuat-kuat. tak sempat lagi aku nak jadi cucu kesayangan maktok, dia dah pergi menghadap Ilahi. cakap pasal cucu kesayangan, kakak aku je yang sempat. well, die tersangat lah rajin tolong maktok di dapur. aku? memang tak lahh. mane tak nye, otak pikir nak main je time tu. maklumlah, kanak-kanak ribena, hahaha.

aku ingat lagi, kalau balik kampung, aku dgn abg deen ( abg atas aku ) lah manusia yang paling excited atas muka bumi ni. kitorang akn nyanyi lagu 'balik kampung' kuat-kuat dalam kereta. rase macam dunia ni, kami yang punyaa. then, bile dah penat, kitorang akan tidor. haha. sweet moment.

tapi kenangan hanya tinggal kenangan. masa memang mustahil untuk diputarkan semula. hidup mesti diteruskan *amende entah. 



okay korang, aku just nak coment sikit je pasal raya. ingatlah, sewaktu kita seronok bergembira, main mercun, berlari-lari main bunga api, nyanyi lagu raya, buat kuih raya, kutip duit raya and so whatever, ada insan yang kesedihan, meneruskan perjuangan mereka, bermandi dengan darah sendiri, berlari-lari selamatkan diri. one word, palastine. dalam bulan ramadhan, kite teruskan perjuangan kite untuk berpuasa, begitu juga dengan mereka. di bulan syawal, kite bergembira meraikan kemenangan, tapi mereka tidak. mereka masih meneruskan perjuangan mereka di bumi palastine.

so korang, raya.. raya jugak. jangan lupe doakan kesejahteraan mereka. aku tau, kite memang tak sekuat mane untuk berjihad bersama mereka dekat sane. alahai, berapa sangat lah kudrat kita kalau dalam kelas cikgu tengah mengajar pun dok tidur dekat belakang, tapi ingatlah, kita boleh bantu mereka dengan DOA. doa kan senjata muslim :)


anda-anda sekalian, berterima kasihlah dekat Allah sebab kita masih diberi peluang untuk menyambut Syawal dalam keadaan yang aman dan damai. berSyukur lah kepada Nya sebab masih diberi peluang untuk bertaubat dan meneruskan amal ibadat. Alhamdulillah ya Allah :')

ehh, aku update pasal Syawal ni, tak bermakne aku tidak menghargai Ramadhan. tidak sama sekali. macam yang aku cakap tadi, i am too busy as prime minister laa. so sorry. 

Ramadhan bakal melabuhkan tirai nya tidak lama lagi. sudah siap sediakah perisai kita dengan das-das tembakan daripada Syaitan yang tidak lame lagi bakal dilepaskan dari talinya? tepuk dada tana lah iman :)

cuba kita muhasabah diri balik, ape yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan taun ni. kalau aku, entah. aku pun taktau ape amalan special yang telah aku lakukan sempena Ramadhan taun ni. ape sangatlah amalan kita kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w kan? semoga kita diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan, amin

para sahabat Rasulullah s.a.w menangis di penghujung Ramadhan. mereke sedih dengan pemergian Ramadhan. kalau boleh, mereka nak sepanjang tahun adalah bulan Ramadhan. tapi kita? gembira dengan hadirnya Syawal.

umat nabi Muhammad s.a.w memang beruntung. sudahlah Allah kurniakan malam alQadr dimana malam yang lebih baik berbanding 1 000 bulan. menyambut Syawal pun Allah bagi keistimewaan dekat kita semua iaitu pahala puasa 6 hari di bulan Syawal adalah sama pahala berpuasa sepanjang tahun. MasyaAllah, betapa baiknya Allah terhadap kita kan? Alhamdulillah :)

so korang, semoga selamat berpuasa enam ye :)

sila abaikan muka annoying ini -,-


ya Allah, terimalah segala amalanku di bulan mulia ini. 
terimalah segala taubatku,
perkenankan lah doa-doa ku.
ya Allah, berilah peluang kepadaku agar aku dapat bertemu semula 
dengan RamadhanMU pada tahun hadapan


longest entry, heh -,-



1 comment:

Anies Anierah said...

salam syawal fatin..sama la..sy pun x balik beraya kat kmpung thun nie..btw nice blog..klu sudi jenguk la blog sy..http://dibawahcahayalampu.blogspot.com..terima kasih^_^ dan gudlak untuk spm..