29 March 2013

fi sabilillah .



'niat bukan kerana Allah adalah sias-sia '

Assalamualaikum dan salam Jumaat .

credit to : students .

Bismillahirrahmanirrahim :)
kita belajar siang malam pagi dan petang , pulun macam nak mati, sanggup tak makan semata-mata nak belajar . tapi , bila result keluar , markah kita tak setanding langsung dengan usaha kita yang bergunung-gunung . pernah tak kita terpikir kenapa ?
cuba kita ingat balik , selama kita menuntut ilmu , adakah niat kita ikhlas kerana Allah ? 

kawan , 
kalau jawapannya tidak , maka perbetulkan lah balik niat awak . mungkin selama kita menuntut ilmu , kita melewat-lewat kan solat ? kita lupa dekat Allah ? kita lupa nak mohon bantuan dariNya ? Allah maha Pemurah , kalau kita buat apa jua kebaikan dengan niat ikhlas kerana Dia , kita dah dapat pahala . Allah baik kan ?

memang diakui , bukan senang nak dapat feel 'niat kerana Allah' . disebabkan itulah kita kena berusaha . Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka ubah nasib mereka sendiri (ar-Rad:11) 
kalau Allah kasi free , mesti kita tak appreciate kan ? sebab itulah Syurga itu mahal :)




untuk mendapat BERKAT dalam belajar , perkara yang paling penting adalah NIAT IKHLAS KERANA ALLAH . setiap kali sebelum keluar bilik atau rumah , perbetulkan lah niat . dan bila kita rasa letih seharian di sekolah atau kelas , ingatlah bahawa orang yang menutut ilmu kerana Allah , malaikat sentiasa mendokan untuknya :)

yang kedua , BACA ALQURAN SEBELUM MULA BELAJAR . sekurang -kurangnya satu mukasurat sebelum kita buat ulangkaji . pastikan kita tidak tinggal Al-Quran walau sesibuk mana pun kita . ada satu kisah di negara arab , mayat seorang remaja perempuan berumur 15 tahun tidak hancur walaupun sudah lebih dua tahun meninngal dunia . bila ditanya kepada ibunya , ibunya menjawab 'tak ada amalan istimewa yang dilakukan kecuali membaca satu mukasurat al-quran setiap kali sebelum belajar'

yang ketiga , BERWUDHU' SEBELUM BELAJAR . bila kita ada wudhu' kita akan sentiasa ingat bahawa belajar adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam .

yang terakhir , UTAMAKAN SERUAN ALLAH S.W.T . part ni paling penting ! waktu sedang asyik belajar , tiba-tiba azan berkumandang . berhentilah sekejap untuk tunaikan solat . tak lama mane pun .
orang yan menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk solat berjemaah , di akhirat kelak dia akan dijemput Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamunya - Imam Ghazali
so , setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat , ingatlah jika mahu dijemput oleh Allah diakhirat kelak , kita perlu utamakan solat dari kerja lain . mana tau , lepas solat , lagi senang ilmu nak masuk :)
*actually , waktu aku nak update pasal Solat ni , aku pun tak solat zuhur lagi. terlalu lalai meng-update . nasib baik intan tegur . sahabat sejati :)

so , in a nut shell , mendapat keberkatan dalam belajar tu penting . orang yang niat ikhlas kerana Allah , dunia dan akhirat dia akan dapat . tapi , orang yang belajar tanpa niat kerana Allah , dia mungkin akan dapat dunia tapi berkemungkinan besar akan tercicir akhirat .  dunia sementara , tapi akhirat kekal :)
belajar pun ibadah maka jadikan lah ibadah belajar yang kita buat dapat keberkatan daripada Allah . 

Salamalaik .

*sumber dari iluvislam.com


No comments: