22 December 2013

Rabbi Yassir Wala Tuassir




Bismillahirahmanirrahim, With the name of Allah the most Beneficent and the most Merciful   

Assalamualaikum and hye people. 

Masuk hari ni, dah genap tiga hari lepas result PMR keluar. Hm, I dont know why, bila dengar nama budak-budak straight A, ke-cuak-an sangat terasa. Rasa macam diri sendiri pulak nak amik result PMR. Dengar je result-result budak PMR, tak kira lah SYS atau Taayah, rasa sebak sangat. Over kan?

Hm, sangat takut actually. Cant imagine mcm mana nak amik result SPM nanti. Cant imagine kalau tak dapat straight A. Straight A, siapa yang taknak kan? Kalau bagi orang gila pun dia mesti nak. Even bagi kucing pun kalau dia boleh berkata-kata, mesti dia akan cakap 'nak sangat'. Yela, kalau dah ada straight A takpayah dia bersusah payah merempat di merata tempat mintak makanan lagi tu. Kalau kucing ada straight A kan, confirm diorang berhenti dari pekerjaan mem-bodek diorang. Berhenti dari membodek manusia. Mintak makanan. Er, okay, over sangat kucing ada Straight A ye -.-

I dont know why, tapi rasa tak yakin sangat. Tak tau laa, firasat hati kuat mengatakan tak dapat Straight A. 

Puas sudah pujuk hati ni. 

Percayalah dengan ketentuan Allah.

Percayalah Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat hambaNya.

Percayalah yang kau dah usaha sehabis mungkin, redha lah dengan apa jua result.

Percayalah perancangan Allah itu hebat.

Percayalah rezeki ada di mana-mana.

Percayalah ada hikmah di setiap perkara yang berlaku.

Percayalah. Percayalah. Percayalah.

Mulut mungkin kata Ya. Tapi kita tak boleh tipu diri sendiri. Dalam hati masih tak dapat terima kenyataan sebenarnya. 

Some people said, 'dapat 7A pun bersyukur sangat'. Same goes with me. In front of them. I said the same thing. Tapi, dalam hati, masih penuh dengan pengharapan agar Straight tetap dapat di gapai. Ahh, serabut. Serabut.

Terkenang kan balik semua harapan daripada orang tersayang. Of course yang paling utama adalah Ummi and Ayah. Then, my adik beradik and Teachers. Begitu Ummi Ayah mengharapkan aku dapat straight A. Even, in front of me, they always said 'takpe, buat yang mana mampu'. Tapi, jauh terbenam di dasar lubuk hati, aku tau harapan diorang untuk aku dapatkan Straight A sangat tinggi. Mungkin taknak aku terbeban barangkali. Sebab tu tak pernah menyatakan dekat depan aku.

Harapan cikgu-cikgu. Tak dapat bayangkan kalau aku sendiri yang memusnahkan harapan tu. Mesti sangat sedih kan? Susah payah Ummi Ayah korbankan masa dan duit. Sampaikan keperluan peribadi pun terpaksa diketepikan demi kepentingan aku. Tapi se-sen pun diorang tak pernah mintak untuk dibalas. UmmiAyah hanya mintak aku belajar rajin-rajin. The teachers too. Datang awal pagi ke sekolah, untuk prepare apa yang patut untuk anak didik. Terpaksa abaikan keperluan keluarga sebentar, demi kepentingan anak didik. Buat extra class, tapi tak pernah claim.

Semuanya demi siapa? Demi aku.

Tapi apa yang aku balas? Nothing.

Ummi, Ayah, Cikgu Ramizah, Teacher Faiza, Ustaz Faiz, Cikgu Liza, Cikgu Haniz, Teacher Intan, Cikgu Roshazira, Cikgu Khairiah, Cikgu Alimin, Ustzh Hayati, Ustaz Hisham and Cikgu Hasnah, Thank you so much for everything. For supporting me. Terima kasih sangat-sangat atas pengorbanan Ummi Ayah dan cikgu-cikgu semua. Thank you for your guide. Terimakasih sebab letakkan kepercayaan UmmiAyah dan cikgu dekat fatin. Terimakasih spend time bila fatin ada masalah. Listening my problem UmmiAyah. Terimakasih sebab tak pernah kedekut pasal duit UmmiAyah. Terimakasih sebab tak pernah kedekut ilmu cikgu-cikgu. Terimakasih UmmiAyah dan cikgu setia mencurahkan kasih-sayang kepada fatin. Terimakasih UmmiAyah and cikgu-cikgu sebab tak pernah henti berdoa untuk fatin. Terimakasih UmmiAyah dan cikgu-cikgu banyak berkorban demi fatin. TERIMAKASIH 

Ummi, Ayah, Cikgu Ramizah, Teacher Faiza, Ustaz Faiz, Cikgu Liza, Cikgu Haniz, Teacher Intan, Cikgu Roshazira, Cikgu Khairiah, Cikgu Alimin, Ustzh Hayati, Ustaz Hisham and Cikgu Hasnah, I am so SORRY. Sorry. Sorry. Sorry. Hati fatin kuat katakan fatin tak dapat straight A. Sorry terpaksa punahkan harapan ummi ayah ngan cikgu-cikgu. Sorry sebab tak dapat naik atas pentas untuk Ummi Ayan ngan cikgu-cikgu. Sorry. Nasihah mungkin boleh. Letak lah harapan dekat Nasihah. Sorry I cant.




UmmiAyah and cikgu sekalian, Dont worry. Fatin takkan putus berdoa In Shaa Allah. I know Allah dah tetapkan semua yang terbaik untuk hambaNya. I know Allah will always give me the Best. I know, The Power of Hikmah. Fatin tau kegagalan dalam SPM tak bererti gagal selamanya. Fatin tau usaha sudah, tawakal seterusnya. Hm, akan ku cuba untuk pupuk hati ini agar redha. In shaa Allah. Lagipun, doa senjata mukmin kan? In shaa Allah, fatin akan cuba untuk istiqamah dalam berdoa. Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan. 

Ya Allah, permudahkan lah jangan kau susahkan.





19 December 2013

Kem Remaja Synergi 4.0





Bismillahirahmanirrahim and Assalamualaikum people.

Apa khabar Iman anda harini? Semoga Iman kalian sentiasa mantap.

So, today is 19 December already. Know what? WELCOME BACK TO SCHOOL!! Almost 1 month dah kita cuti sekolah kan? Except for SPM candidate laa, sebab kami baru 2 minggu lebih holiday dan kami ada baki holiday lebih kurang 5 bulan lagi. Jelous tak jelous tak? Jangan jelous, sebab life waktu sekolah sangat enjoy. Hargailah saki baki detik kalian semua di sekolah sementara masih di beri peluang. 

Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh
Dan berpesan-pesan dengan kebenaran
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran [103:1-3]

Memandangkan cuti dah nak habis, sekolah memanggil-manggil, mari kita bermuhasabah. Sepanjang cuti, apa kita semua dah buat? Semakin dekat ke kita dengan Allah? Atau semakin jauh. Nauzubillah.

Biasalah manusia kan? Iman manusia tak tetap. Sentiasa naik dan turun. Umat akhir zaman. Tambah lagi bila duduk dekat rumah, banyak betul godaan-godaan. Facebook, twitter, drama-drama korea, drama-drama melayu especially PISA, xbox laa, peti beracun laa (tv). Semua tu buat kita lupa untuk bermutabaah, untuk bermuhasabah, solat dilengah-lengahkan, Quran ditinggal-tinggalkan. Nauzubillah

Know what? Benda yang paling aku takut adalah apabila 'duduk dekat rumah'. Sound weird, but its a fact. Yalaa, bila kita duduk dekat rumah, kita akan sentiasa leka. Betul kan? Nak bukti? Bila korang cuti, bangun pagi pukul berapa? Mau tanya sikit. Haa haaa, jangan tipu kalau cakap bangun seawal 6 pagi untuk solat subuh. Kalau ada yang bangun seawal 6 pagi pun sure sebab tak tahan mak membebel suruh kita bangun menyahut seruan azan untuk menunaikan solat. Kan kan? Tahajjud jangan cakap laa.

But, I know tak semua orang macam tu. Kalian-kalian yang tak tergolong dari golongan di atas, tahniah saya ucapkan. Moga Istiqamah.



So, untuk mengelakkan diri dari terus leka dan hanyut dengan nikmat duniawai, I join Kem Remaja Sinergi 4.0.  Perasaan mula-mula nak datang, rasa macam malas sangat. Sebab I am alone, takde kawan. Tapi selepas 'di-promote' oleh kak Jiha, gagahkan jugak la kaki ni ke kem PLKN Chenderiang, Tapah. 

For your information, kem remaja sinergi a.k.a KRS taun ni buat sedikit kelainan. Sebab, KRS 4.0 lebih focus kepada hala tuju lepas SPM and the most great thing is, kitorang (pelajar lepasan SPM/STPM) diberi pengalaman macam mana keadaan ketika interview dalam slide MOCK INTERVIEW. Besides, kitorang jugak didedahkan dengan IPTA dan IPTS yang terbaik. Dalam slide ni, sering kali dinasihati oleh akak-akak fasi supaya memilih Universiti yang ada ahkwat agar ukhwah sesama kami terus terjalin.

Faham-faham je la, kita ni manusia memang mudah lupa. Itulah gunanya sahabat untuk saling menasihati. Nasihat bukan hanya ketika si dia melakukan kesilapan, tapi nasihat juga diperlukan setiap masa, agar diri tidak terus hanyut dan dikaburi dengan nikmat dunia. Sepanjang kem, banyak kali ditekan kan oleh akak-akak fasi supaya tak Lost Contact. Supaya ukhuwah antara fasi-fasi dan peserta terus terjalin. Agar mutabaah kami sentiasa terjaga. Agar iman kami sentiasa terpelihara. Agar kami menjadi remaja Islam yang unggul. So sweet kan mereka? Uhibbu antunna fillah :)


setiap kali makan, makan dalam talam :)

antara aktiviti di waktu petang, The Choosen Path

Lastly, I got many experiences there. Dapat kawan baru lagi. Nada, Ain, Wani, Aini ngan Fifah. Masing-masing dari negeri yang berlainan. Selangor, Kelantan, Johor and Kedah. Tapi, tali persahabatan ini terjalin atas dasar rasa kasih sayang. Much love with them.

So, untuk kalian-kalian yang tak pergi tu kan, memang sangat rugi. Seriously RUGI. Ehem, ulang suara, KORANG RUGI TAK JOIN KRS (Kem Remaja Sinergi). #Serious talk. Ahaha :D

But don't worry, tahun depan masih ada lagi. Mungkin lagi gempak. Siapa tahu kan? KRS 5.0 waiting. Melahirkan Remaja Islam yang Unggul In Shaa Allah :)

KRS BEST , percaya lahh. 






06 August 2013

di dalam kegembiraan ada kesedihan ,


Ramadhan satu Perjuangan , Syawal satu Kemenangan .


Bismillahirahmanirrahim and Assalamualaikum hamba-hamba Allah sekalian,

dah lame aku tak update kan? well, spm candidate memang mcm ni, as busy as prime minister. seingat aku, last aku update adalah benda yang tersangat merapu, kan? haha, abaikan. certain orang je yang faham kisah di sebalik cerita itu. so, apa khabar anda-anda sekalian? semoga sentiasa berada di bawah rahmatNya, amin

malam ni, malam ke 28 Ramadhan. memandangkan semua orang pun berada dlm mood raya, aku ambil kesempatan ni nak ucapkan,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
dengan kesempatan ini, buat yang mengenali diri ini, aku nak pohon kemaafan atas salah silap yang aku lakukan terhadap anda semua. mohon dimaafkan diri ini. biaselah, aku juga insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa. namun, akan aku cuba untuk perbaikinya, insyaAllah :)


gambar ni aku terjumpa masa kemas rumah petang tadi , guess which one is me :)


well, cakap pasal raya, semua dah tak sabar nak balik kampung kan? semua orang dok update blog, twitter mahupun facebook tentang nak balik kampung. nasihat aku kat korang, hargailah suasana beraya di kampung selagi peluang masih ada. 

aku pun dah tak ingat sejak bile secara rasminya aku dah takde kampung. kalau tak silap aku, tahun 2005 mase aku darjah 3. taun tu last aku beraya di kampung and lepas tu, atok ngn maktok pun meninggal. al-fatihah. 




seriously, tersangat lah rindu dekat atok ngan maktok. kalau lah diorang masih ade, rase nak peluk je kuat-kuat. tak sempat lagi aku nak jadi cucu kesayangan maktok, dia dah pergi menghadap Ilahi. cakap pasal cucu kesayangan, kakak aku je yang sempat. well, die tersangat lah rajin tolong maktok di dapur. aku? memang tak lahh. mane tak nye, otak pikir nak main je time tu. maklumlah, kanak-kanak ribena, hahaha.

aku ingat lagi, kalau balik kampung, aku dgn abg deen ( abg atas aku ) lah manusia yang paling excited atas muka bumi ni. kitorang akn nyanyi lagu 'balik kampung' kuat-kuat dalam kereta. rase macam dunia ni, kami yang punyaa. then, bile dah penat, kitorang akan tidor. haha. sweet moment.

tapi kenangan hanya tinggal kenangan. masa memang mustahil untuk diputarkan semula. hidup mesti diteruskan *amende entah. 



okay korang, aku just nak coment sikit je pasal raya. ingatlah, sewaktu kita seronok bergembira, main mercun, berlari-lari main bunga api, nyanyi lagu raya, buat kuih raya, kutip duit raya and so whatever, ada insan yang kesedihan, meneruskan perjuangan mereka, bermandi dengan darah sendiri, berlari-lari selamatkan diri. one word, palastine. dalam bulan ramadhan, kite teruskan perjuangan kite untuk berpuasa, begitu juga dengan mereka. di bulan syawal, kite bergembira meraikan kemenangan, tapi mereka tidak. mereka masih meneruskan perjuangan mereka di bumi palastine.

so korang, raya.. raya jugak. jangan lupe doakan kesejahteraan mereka. aku tau, kite memang tak sekuat mane untuk berjihad bersama mereka dekat sane. alahai, berapa sangat lah kudrat kita kalau dalam kelas cikgu tengah mengajar pun dok tidur dekat belakang, tapi ingatlah, kita boleh bantu mereka dengan DOA. doa kan senjata muslim :)


anda-anda sekalian, berterima kasihlah dekat Allah sebab kita masih diberi peluang untuk menyambut Syawal dalam keadaan yang aman dan damai. berSyukur lah kepada Nya sebab masih diberi peluang untuk bertaubat dan meneruskan amal ibadat. Alhamdulillah ya Allah :')

ehh, aku update pasal Syawal ni, tak bermakne aku tidak menghargai Ramadhan. tidak sama sekali. macam yang aku cakap tadi, i am too busy as prime minister laa. so sorry. 

Ramadhan bakal melabuhkan tirai nya tidak lama lagi. sudah siap sediakah perisai kita dengan das-das tembakan daripada Syaitan yang tidak lame lagi bakal dilepaskan dari talinya? tepuk dada tana lah iman :)

cuba kita muhasabah diri balik, ape yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan taun ni. kalau aku, entah. aku pun taktau ape amalan special yang telah aku lakukan sempena Ramadhan taun ni. ape sangatlah amalan kita kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w kan? semoga kita diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan, amin

para sahabat Rasulullah s.a.w menangis di penghujung Ramadhan. mereke sedih dengan pemergian Ramadhan. kalau boleh, mereka nak sepanjang tahun adalah bulan Ramadhan. tapi kita? gembira dengan hadirnya Syawal.

umat nabi Muhammad s.a.w memang beruntung. sudahlah Allah kurniakan malam alQadr dimana malam yang lebih baik berbanding 1 000 bulan. menyambut Syawal pun Allah bagi keistimewaan dekat kita semua iaitu pahala puasa 6 hari di bulan Syawal adalah sama pahala berpuasa sepanjang tahun. MasyaAllah, betapa baiknya Allah terhadap kita kan? Alhamdulillah :)

so korang, semoga selamat berpuasa enam ye :)

sila abaikan muka annoying ini -,-


ya Allah, terimalah segala amalanku di bulan mulia ini. 
terimalah segala taubatku,
perkenankan lah doa-doa ku.
ya Allah, berilah peluang kepadaku agar aku dapat bertemu semula 
dengan RamadhanMU pada tahun hadapan


longest entry, heh -,-



05 June 2013

project work addmath - jawapan




katilkatilkatilkatilkatilkatilkatilkatil -,-

Bismillahirahmanirrahim and Assalamualaikum :)

jam sudah pun menunjukkan pukul 4.16 pagi and aku still tak tidur lagi. rasenya katil pun memang dah bnyak kali melambai-lambai dekat aku ajak berdating. well, everyday kitorang dating kan. 

guess what? kenapa aku tak tidur lagi. yeah, same goes with other spm candidate 2013, finish up our project work addmath lah kan? haahaaahaaa, good luck guys-credit to spm candidate 2013 :)

tau tak kenapa aku sanggup stay sampai pepagi buta nih? this is because nak siapkan part yang rumit and nak 'ditayangkan' kepada cik azleen rashidah - my fren. die mintak aku datang sekolah esok untuk discussion. sorry to say, i can't. rumah saya jauh lahh yunk. so, mudah-mudahan dengan cara ni, boleh membantu die esok dalam discussion , amin :D



aleen, nampak tak orang dekat atas tu? macam tu lah keadaan kite sekarang -,- no lahh, just kidding weyh :D


so, let's begin.

PART B(a)










PART B (b)



PART B(c)





PART C(a)
* part C(b) dan (c) buat sendiri ye. carik formula dalam buku rujukan okay :)





FURTHER EXPLORATION





























*p/s: graf ni, kite tak tau betul ke tak, so better re-check balik dekat guru masing-masing ye :)





aleen, gambar-gambar ni semua saje kite buat kecik. pandai-pandai lah ko copy and zoom nanti ye. all the best dear  kalau tak faham texting me okay :)

and now, nak pergi tidur. ade mase berape mint je lagi sebelum masuk subuh. then, bangun balik and bersiap ke library again to finish up my work. bye







03 June 2013

kalamullah .





al-quran ialah love letter daripada Allah kepada hambaNya :)


Bismillahirahmanirrahim dan Assalamualaikum :)

sedar tak sedar bulan rejab pun dah nak habis. 
so, let's check, sepanjang 25 hari di bulan rejab, berapa banyak hari dah kalian puasa sunat? thajjud, dhuha, bace al-quran, hajat and lain lain? 

hurm, kite ni terlalu busy kejar duniawi sehingga ukhrawi pun kita sanggup lupakan. saya bukan lah nak menghina atau menghukum awak semua. well, same goes with me, terlalu lalai dengan nikmat duniawi. saya masih cuba untuk perbaiki diri agar sentiasa diredhai Allah. InsyaAllah :)

so, tujuan asal update bukanlah mahu membicarakan tentang bulan Allah ini. 




one day, aku online twitter. ternampak something yang interesting. it's about 
'5 AL-QURAN PERCUMA'
well, seperti yang anda semua tau, senaskah al-quran bukan lah murah. paling tidak dalam tangan kena ada dalam rm 40 maybe. imagine kalau senaskah al-quran tu dalam rm 40, then kali dengan 5 = rm 200. Tabarakallah.

sungguh, penderma tersebut memang murah hati # serious talk ^^

disebabkan teruja nak tau, so aku pun bukak lah die punya blog. dan bila aku tengok bahagian comment, baru ade satu request daripada pembaca. aku pun mencuba nasib.. manelah tau kalau nasib aku baik, aku boleh dapat :)

bukannya aku tak ade al-quran. pernah terdetik dekat hati aku, aku nak hadiahkan al-quran dekat sahabat aku ni. tapi biaselah, aku kan budak sekolah lagi. duit belanja pun ummi ayah yang tampung lagi..

tau ape respons penulis? guess what?
he say YES, i got it!! Alhamdulillah, memang rezeki aku agaknya. senang je aku dapat. memang Allah permudahkan.





so, kalau ikut perancangan awal, aku nak kasi dekat beloved brother. mane lah tau, boleh mengisi mase lapang dia kan? tapi, kalau tetibe berubah hati, maybe aku akan kasi dekat kawan yang memerlukan. atau paling tidak pun, aku wakafkan dekat masjid. manfaat orang ramai. let see, siapa yang dapat nanti okay. kalau ade rezeki, mungkin anda pun boleh dapat. kan?





at the last, dengan kesempatan ini, i want to thank dekat owner pena maya kerana choose me as one of your 'penerima'. appreciate it much, thank you :)



29 March 2013

fi sabilillah .



'niat bukan kerana Allah adalah sias-sia '

Assalamualaikum dan salam Jumaat .

credit to : students .

Bismillahirrahmanirrahim :)
kita belajar siang malam pagi dan petang , pulun macam nak mati, sanggup tak makan semata-mata nak belajar . tapi , bila result keluar , markah kita tak setanding langsung dengan usaha kita yang bergunung-gunung . pernah tak kita terpikir kenapa ?
cuba kita ingat balik , selama kita menuntut ilmu , adakah niat kita ikhlas kerana Allah ? 

kawan , 
kalau jawapannya tidak , maka perbetulkan lah balik niat awak . mungkin selama kita menuntut ilmu , kita melewat-lewat kan solat ? kita lupa dekat Allah ? kita lupa nak mohon bantuan dariNya ? Allah maha Pemurah , kalau kita buat apa jua kebaikan dengan niat ikhlas kerana Dia , kita dah dapat pahala . Allah baik kan ?

memang diakui , bukan senang nak dapat feel 'niat kerana Allah' . disebabkan itulah kita kena berusaha . Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka ubah nasib mereka sendiri (ar-Rad:11) 
kalau Allah kasi free , mesti kita tak appreciate kan ? sebab itulah Syurga itu mahal :)




untuk mendapat BERKAT dalam belajar , perkara yang paling penting adalah NIAT IKHLAS KERANA ALLAH . setiap kali sebelum keluar bilik atau rumah , perbetulkan lah niat . dan bila kita rasa letih seharian di sekolah atau kelas , ingatlah bahawa orang yang menutut ilmu kerana Allah , malaikat sentiasa mendokan untuknya :)

yang kedua , BACA ALQURAN SEBELUM MULA BELAJAR . sekurang -kurangnya satu mukasurat sebelum kita buat ulangkaji . pastikan kita tidak tinggal Al-Quran walau sesibuk mana pun kita . ada satu kisah di negara arab , mayat seorang remaja perempuan berumur 15 tahun tidak hancur walaupun sudah lebih dua tahun meninngal dunia . bila ditanya kepada ibunya , ibunya menjawab 'tak ada amalan istimewa yang dilakukan kecuali membaca satu mukasurat al-quran setiap kali sebelum belajar'

yang ketiga , BERWUDHU' SEBELUM BELAJAR . bila kita ada wudhu' kita akan sentiasa ingat bahawa belajar adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam .

yang terakhir , UTAMAKAN SERUAN ALLAH S.W.T . part ni paling penting ! waktu sedang asyik belajar , tiba-tiba azan berkumandang . berhentilah sekejap untuk tunaikan solat . tak lama mane pun .
orang yan menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk solat berjemaah , di akhirat kelak dia akan dijemput Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamunya - Imam Ghazali
so , setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat , ingatlah jika mahu dijemput oleh Allah diakhirat kelak , kita perlu utamakan solat dari kerja lain . mana tau , lepas solat , lagi senang ilmu nak masuk :)
*actually , waktu aku nak update pasal Solat ni , aku pun tak solat zuhur lagi. terlalu lalai meng-update . nasib baik intan tegur . sahabat sejati :)

so , in a nut shell , mendapat keberkatan dalam belajar tu penting . orang yang niat ikhlas kerana Allah , dunia dan akhirat dia akan dapat . tapi , orang yang belajar tanpa niat kerana Allah , dia mungkin akan dapat dunia tapi berkemungkinan besar akan tercicir akhirat .  dunia sementara , tapi akhirat kekal :)
belajar pun ibadah maka jadikan lah ibadah belajar yang kita buat dapat keberkatan daripada Allah . 

Salamalaik .

*sumber dari iluvislam.com